Stesen radio Hot FM turut memperkenal pelbagai program istimewa sempena Hari Raya 2013. Sama seperti untuk rancangan televisyen, kesemua rancangan tersebut telah dirakamkan terlebih dahulu dan dibahagikan untuk slot berbeza.

Antaranya adalah Hot FM Akustika Raya yang menampilkan artis-artis hebat seperti Siti Nurhaliza, Hafiz, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Hazama, Noh Hujan dan ramai lagi sambil diiringi oleh pemuzik Edri Hashim.

In Person Bersama Nicholas Saputra, Hero Aidilfitri, Hot FM 30 Edisi Raya, 4 Suara, ND Lala & Shila Amzah Di Raya Paling Hangat, Aidilfitri Di Perantauan dan Raihan vs Rabbani.

Rancangan-rancangan yang disusun menyelitkan unsur-unsur komedi, duka, gembira dan banyak lagi. Variasi program yang disusun adalah bagi mengekalkan tradisi untuk  memberikan program terbaik untuk para pendengar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top