Sinopsis filem Lemak Kampung Santan
Lemak Kampung Santan  mengisahkan perjalanan seorang lelaki bandar, Ridzuan yang datang ke kampung bagi mengendalikan projek sebelum jiwanya terusik de-ngan perkenalan secara kebetulan.

Ridzuan jatuh cinta de-ngan seorang gadis kampung yang ayu dan lembut bicaranya, Tiqa lakonan bintang muda jelita, Neelofa. Namun, percintaan mereka tidaklah semudah yang disangkakan.

Ridzuan seorang arkitek di syarikat pembinaan tersohor manakala Tiqa pula hanya penjual nasi lemak di Kampung Santan. Mereka pertama kali bertemu di Kampung Santan dan kedua-duanya cepat mesra antara satu sama lain.

Tanpa pengetahuan Tiqa, Ridzuan adalah ketua untuk mengendalikan projek membina resort di Kampung Santan dan sekali gus menuntut penduduk di situ berpindah.

Lemak Kampung Santan
Ridzuan cuba sedaya upaya menyembunyikan perkara itu daripada Tiqa kerana bimbang ia merosakkan cinta mereka. Bagaimanapun, tanpa pengetahuan Ridzuan, Tiqa juga ada menyimpan satu rahsia daripadanya.

Malah, Kampung Santan yang menemukan mereka berdua juga punya kisah misteri di sebaliknya hingga mengundang pelbagai tanda tanya. Lemak Kampung Santan turut dibintangi Harun Salim Bachik, Harith Iskandar, Awie, Natasha Hudson, Khir Rahman, Nadia Mustapa dan Datuk Jalaludin Hassan.

Projektor minggu ini mendengar pandangan pelakon juga penyandang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20, Vanida Imran yang kebetulan berkesempatan menyaksikannya ketika tayangan perdana akhir Ramadan lalu.

Trailer Video Lemak Kampung Santan


Pengarah Hans Isaac
Terbitan Tall Order Production Sdn Bhd
Excutive Producer Abdul Raouf Ab Rahman
Producer Hans Isaac
Pelakon Hans Isaac, Neelofa, Awie, Haron Salim Bachik, Natasha Hudson, Khir Rahman, Mohd Ashraf, Nadia Mustapha, Nadia Heng.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top