Peminat Infinite di Malaysia bertuah kerana berpeluang menyaksikan kehebatan tujuh anak muda ini beraksi dipentas.

Konsert yang diberi nama ‘2013 Infinite 1st World Tour- One Great Step In Kuala Lumpur’ ini akan diadakan di Stadium Negara, pada 19 Oktober 2013 bersama IME Production selaku penganjur.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 25 Ogos ini bertempat di Ferenheit 88 bermula dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang, setiap pembelian tiket ini disertakan dengan poster edisi terhad (hanya diberikan pada pembelian di Ferenheit sahaja).
2013 Infinite 1st World Tour- One Great Step In Kuala Lumpur

Tiket jualan secara online pula akan mula dibuka pada 25 Ogos, jam 4.00 petang di www.ticketcharge.com.my atau hubungi 0392228811.

Harga  tiket adalah seperti berikut :

RM 683 – (VVIP/VIP – numbered seats), RM 583 – (Rock Zone – free standing), RM 583 – (PS1 – numbered seats), RM 483 – (PS2 – free seating), RM 383 – (PS3 – free seating) dan RM 183 – (PS4 – free standing).

Untuk maklumat lanjut sila layari halaman facebook rasmi Infinite dan juga pihak penganjur, IME Production di www.facebook.com/ifnt7 atau www.facebook.com/imepmy.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top