Single solo pertama Kaka berjudul Terpulanglah dijangka menyerlahkan kekuatan vokal gadis ini. Apa yang menarik, lagu bernuansakan balada R&B itu mengisahkan pengalaman sebenar penulis dan pencipta lagu berkenaan, Qz yang terpaksa melepaskan seseorang yang sangat dicintai.

Tidak sukar untuk Kaka menghayati lagu itu kerana melepaskan seseorang yang sangat dicintai lantaran pengalaman itu pernah dilaluinya sebelum ini.
."Saya menyukai seseorang dalam diam dan dia tidak pernah mengetahuinya.

Hingga sekarang, walaupun dia sudah berpunya, saya tetap bersahabat baik dengannya malah gembira dengan kegembiraan yang sedang dilaluinya walaupun berat untuk menanggung perasaan sendiri yang terpendam.

"Bukan itu saja, saya juga banyak bekerjasama dengan Qz sepanjang pembikinan lagu ini. Kalau boleh saya mahu berikan apa yang saya ada untuk menyampaikan lagu itu sebaik mungkin.

"Cara nyanyian saya dipelbagaikan bagi mewarnakan lagi melodinya. Malah, sepanjang terbabit dalam kerja pembikinan lagu ini, saya turut menganggap ia sebagai proses pembelajaran untuk lebih mendalami kerja di belakang tabir misalnya menjadi penulis untuk masa akan datang," katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top