Jehan Miskin menegaskan loket yang dipakai bersama isterinya dalam gambar yang dimuat naik melalui akaun instagram adalah merupakan lambang Persekutuan Pengakap Malaysia (Pengakap) dan bukan simbol salib..

Jehan, 34, berkata, aksesori itu merupakan tajaan daripada Thomas Sabo kerana dia dan isteri Julie Camelia Rhee, 29, merupakan antara pelanggan tetap jenama aksesori tersebut.

"Pada saya jika kita positif ia akan jadi positif, begitu juga sebaliknya. Saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib namun masih ada yang mahu bergaduh.

"Saya hanya muat turun gambar tersebut kerana ingin berkongsi bersama peminat tentang koleksi yang saya dan isteri minati, dan tidak terlintas sampai jadi begini," katanya mengulas tentang gambar di laman sosial instagram yang menimbulkan kontroversi apabila dia dan isteri mengayakan loket lambang Pengakap yang kononya menyerupai simbol agama lain.


Gambar yang dimuat naik awal minggu lalu mencetuskan rasa tidak puas hati peminat dan pengikutnya yang menganggap penerbit drama What If ini sebagai tidak sensitif.

Kata Jehan, tindakan segelintir pengikutnya di laman sosial tersebut yang melemparkan kata-kata negatif dan mencetuskan perbalahan sesama sendiri sebagai tidak rasional.

"Pada mulanya saya sudah jelaskan dan betulkan salah faham itu, saya cuba jelaskan perkara sebenar tapi bila semakin lama semakin ramai yang bergaduh saya malas nak layan.

"Ada juga yang saya terpaksa padam komen-komen yang melampau mereka dan terpaksa memantau lama sosial tersebut supaya tak keterlaluan," katanya.

Tambah Jehan sebagai seorang yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Islam, dia masih mengetahui batas-batas sebagai seorang muslim dan sensitiviti agama dan masyarakat negara ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top