Aznil berharap pengalamannya berada di Tanah Suci sebelum ini dapat membantunya mengerjakan ibadah haji dengan sempurna. Begitu pun sebelum ke sana Aznil sentiasa memanjatkan doa kehadrat Ilahi supaya mempermudahkan urusannya di sana nanti kerana di bumi Allah itu apa saja boleh berlaku.
“Semakin hampir tarikh untuk ke Tanah Suci, kian cemas rasanya. Ketika mengerjakan umrah, orang tidak terlalu ramai tetapi pada bulan haji, Makkah dipenuhi lautan umat Islam dari seluruh dunia. Moga Allah tingkatkan kesabaran saya kerana niat utama saya ke sana untuk beribadah.
“Semoga segalanya berjalan lancar dan tiada gangguan. Saya bersyukur tidak terhingga kerana masuk kali ini bererti tiga kali saya menjadi tetamu Allah. Jiwa tenang dan hati lapang menghadap Kaabah. Tidak mampu saya lafazkan dengan kata-kata. Di sana semuanya indah belaka.
“Sekembalinya dari Tanah Suci nanti saya akan bekerja seperti biasa dengan meneruskan program yang ada. Sebelum ke sana saya juga pastikan segala kerja di sini sudah disiapkan,” katanya.
Tambah Aznil, kebetulan Jangan Lupa Lirik sudah habis, Macam Macam Aznil pun sekarang diulang siar dan Tom Tom Bak siap dirakamkan untuk tayangan ketika dia berada di Makkah nanti.
“Saya tidak boleh pergi dengan membiarkan kerja di sini terbengkalai. Apabila segalanya dapat diselesaikan saya sendiri dapat mengerjakan ibadah haji dengan tenang.
“Balik nanti, selepas berehat sehari dua, saya akan terus buat rakaman Tom Tom Bak untuk episod seterusnya,” katanya.
Petikan Metro
0 ulasan:
Catat Ulasan