Biodata Camelia
- Nama Penuh: Dayang Nur Camelia Abang Khalid
- Umur: 34 tahun
- Tarikh Lahir: 20 Jun 1974
- Asal: Kuching, Sarawak
- Kerjaya: Penyanyi, Model Iklan, Ikon Fesyen, Hos TV dan Jurucakap Produk
- Album: Camelia (1997), I,II,III (1998), Memori, Mimpi & Kompilasi (1999), Untukmu (2003) dan Mysticam (2007)
- Iklan/Produk: L'oreal, Epson, Nescafe, Ara Hill (Sime Darby Property),Brand's Inner Shine Pati Prun
- Program TV: Casa Impian (Astro Ria)
- Pencapaian Terbaik: Artis Baru Terbaik/Vokal Wanita Terbaik (Anugerah Industri Muzik Malaysia 1998)
- Cinta: Sangat Berkuasa
- Rumah: Ibarat rumahku syurgaku.
- Gambar dan lukisan: Luahan peribadinya.
- Seni: Cinta
- Tips kecantikan: Jadilah dan sayangilah diri sendiri. Cintailah kehidupan dan sulaminya dengan gelak ketawa.
- Selain mewakili produk Innershine Prune Essence, Camelia juga dilantik sebagai duta projek perumahan mewah, Ara Hill, yang dibangunkan Sime Darby Property di Ara Damansara, Petaling Jaya.
- Ditabalkan sebagai Selebriti Wanita Paling Bergaya di majlis Anugerah Stail EH! 2008.
- Suka melihat negara orang kerana banyak boleh kita pelajari kerana melihat sesuatu yang baru.
- Menerima Anugerah Essenze Artis Wanita Terbaik pada Majlis Makan Malam Gala Penerbitan Market Source di Pulau Pinang pada tahun 2007. Anugerah itu diberikan oleh majalah berbahasa Inggeris itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan