Pemenang AF5, Mila telah memeterai perjanjian persefahaman kerjasama antara syarikat miliknya iaitu MC Voices & Stars Sdn. Bhd. dengan syarikat pengurusan beliau iaitu Maestro Talent and Management Management Sdn. Bhd.

Antara kerjasama yang dipersetujui ialah saling bersepakat dalam menjana pendapatan yang berkaitan dengan Mila dan juga bekerjasama di dalam projek- projek khas dan penerbitan album atau single beliau akan datang.

Perjanjian ini di meterai di antara rakan kongsi dan juga pengerusi MC Voices & Stars iaitu Encik Bernard Cheah, dengan Freddie Fernandez bagi pihak Maestro Talent and Management di pejabat Maestro.

Antara rancangan terdekat kedua belah pihak ialah mengeluarkan album Karaoke Persis Mutiara Mila yang akan diedarkan pada bulan November ini di mana terdapat di dalamnya lapan buah lagu dalam bentuk karaoke daripada album Persis Mutiara .

Sumber: Diva, Kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top