Ekoran suami pelakon Wan Nor Azlin, 40 tidak menghadirkan diri di Mahkamah Rendah Syariah di sini, maka proses Sulh (perundingan) mengenai tuntutan nafkah yang difailkan gagal dibicarakan hari ini.
(Proses Sulh ialah satu perundingan damai atau kaunselling secara Islam yang dianjurkan bagi pasangan yang mempunyai masalah rumahtangga).
Tuntutan nafkah terhadap suaminya, Mohd. Yazli Yaacob, 38 difailkan pada 29 Oktober lalu kerana tidak memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya selepas meninggalkan rumah sehingga ke hari ini sejak 10 Julai lalu.
~ Mstar
0 ulasan:
Catat Ulasan