Datuk A Rahman Hassan alami strok
"Pemeriksaan doktor di bahagian kepala ayah mendapati tiada apa-apa berlaku. Begitu juga tekanan darah dan jantungnya juga okay.
"Bagaimanapun doktor bimbang ayah mungkin menghidap strok. Justeru, mereka terus melakukan pemantauan rapi serta menempatkan ayah di unit rawatan separa kritikal (zon merah) Hospital Kuala Lumpur," kata Siti Jasmina Ibrahim, 37, menantu Datuk A Rahman Hassan, 67.
Penyanyi pop yeh yeh ini jatuh pengsan ketika majlis perasmian DVD Asas Gerak Melayu yang berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya pada petang semalam.
Beliau yang duduk di bahagian depan rebah secara tiba-tiba ketika mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian.
Penyanyi lagu Tak Mengapa itu kemudian diberikan bantuan kecemasan oleh petugas IB sebelum dikejarkan ke HKL dengan ambulan.
A Rahman diundang ke majlis itu sebagai moderator bersama Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli pada penghujung program.
Siti Jasmina berkata, mentuanya juga muntah-muntah sebaik tiba di HKL namun keadaannya stabil.
"Bagaimanapun ayah mengadu tidak boleh membuka mata kerana akan berasa pening. Tetapi dia masih boleh berbual dengan kami," katanya yang berkahwin dengan Khir Rahman.
~ HM

0 ulasan:
Catat Ulasan