Yatt Hamzah harap ramai wanita terbuka hati berhijab
Pelakon, pengacara dan model, Haryati Hamzah, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Yatt akan mengurangkan aktiviti seninya bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan yang diceburi sejak Jun tahun lalu.
Yatt, 34, yang kini tampil berhijab memilih perniagaan berkonsepkan busana muslimah, iaitu tudung dan selendang, dalam langkah menguatkan hatinya untuk terus menutup aurat.
Katanya, dengan menggunakan jenama Suci, beliau memulakan perniagaan melalui laman sosial Instagram, diikuti pembukaan butik di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur.
"Selepas berhijrah, saya mula memasang strategi untuk berniaga dan memilih tudung serta selendang sebagai perniagaan utama apabila melihat fesyen berhijab mula menjadi keutamaan, khususnya remaja.
"Berdasarkan penelitian saya ketika berada di pasar raya dan kompleks beli-belah sekitar ibu negara, remaja kini mulai sedar mengenai seruan memakai tudung dan ia bermakna fesyen hijab juga akan berkembang," katanya.
Sementara itu, anak kelahiran Johor ini berkata, keputusannya untuk berniaga juga disebabkan dirinya kini kurang menyertai aktiviti seni. Beliau terpaksa memilih watak yang bersesuaian dengan penampilannya sekarang.
"Mungkin ramai pengarah dan produser akan menganggap saya `basuh tangan' kerana terlalu memilih watak, tetapi saya yang dulu bukanlah yang sekarang. Perubahan ini juga sebahagiannya datang daripada hasil lakonan, di mana ada beberapa drama membuatkan saya benar-benar menjiwai watak seterusnya memasang niat untuk berhijab," katanya.
Jelasnya, perniagaannya itu juga sebahagian daripada aktiviti amal dalam mengutip dana membantu umat Islam yang ditimpa musibah.
"Bagi setiap penjualan tudung dan selendang, sebanyak RM5 akan disumbangkan ke tabung dana membantu rakyat Palestin dan Syria yang kini ditimpa musibah selepas peperangan besar berlaku di negara mereka," katanya.
Dalam perancangan masa depannya, beliau bercadang untuk membikin program berbentuk keagamaan supaya rakan artis lain yang berhijab dapat menjadi contoh dan berkongsi pengalaman mereka selepas berhijrah.

0 ulasan:
Catat Ulasan