Tasha Shilla Dalami Islam Dengan Teman Lelaki
Kini Tasha Shilla, 27 berkawan rapat dengan seorang ahli tinju sukan Muay Thai yang dikenali sebagai Hans. Hubungan mereka mula menjadi perhatian ramai setelah pasangan itu dilihat jalan berpimpin tangan sewaktu majlis karpet merah Anugerah Meletop Era, baru-baru ini.
Walaupun berlainan agama, namun ia tidak menjadi penghalang untuk pasangan ini bersatu kerana khabarnya Hans sudah tiga tahun mendalami agama Islam, lebih awal sebelum mereka bertemu dan berteman.
Ulas Tasha ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, dia hanya mengetahui bahawa lelaki itu sedang mendalami agama Islam setelah berkenalan dan kini mereka sama-sama mencari ilmu tentang hal-hal berkaitan agama.
“Saya masih dalam proses mengenali dia dan buat masa ini, kami sama-sama belajar tentang Islam kerana saya sendiri masih perlu memperbaiki diri sebagai seorang Muslim,” katanya yang sudah berteman dengan Hans sejak enam bulan lalu.
Tambah Tasha, mereka selalu berbincang tentang agama Islam memandangkan Hans gemar membaca buku-buku agama dan di kelilingi sahabat-sahabat yang beragama Islam.
“Ada juga kami berborak tentang agama. Tapi bagi soalan-soalan yang saya tak arif, saya minta Hans rujuk pada ustaz,” ujarnya yang jatuh hati dengan keperibadian Hans yang baik.
Akhbar Kosmo semalam melaporkan bahawa hubungan pasangan ini diterima baik oleh kedua orang tua Tasha. Kata pelakon yang popular menerusi drama ‘Gemilang’ ini, mereka ada terfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap seterusnya. Namun, Tasha dan Hans enggan terburu-buru.
“Rancangan untuk masa depan tu ada cuma kami tak mahu terburu-buru. Semuanya bergantung pada jodoh dan saya harap peminat doakan yang terbaik buat kami,” katanya. ~ Gua

0 ulasan:
Catat Ulasan