Hanez Suraya mohon maaf kenyataan status teman lelaki

"Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini," kata Hanez Suraya berhubung kontroversi hubungannya dengan lelaki dikenali sebagai R yang menimbulkan spekulasi liar kebelakangan ini.

Berikutan pengakuan Hanez atau nama sebenar, Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, mengenai status teman lelakinya itu di Harian Metro pada Selasa lalu, pelakon itu dikecam teruk peminat dengan tuduhan dia memutar belit fakta dan menyembunyikan status sebenar R.

Sehubungan itu, Hanez turut merancang mengadakan sidang media yang sepatutnya berlangsung semalam. Namun, atas sebab tertentu, sidang media itu terpaksa ditunda pada Rabu atau Khamis depan.

Hanez berkata, dia mengambil keputusan mengeluarkan permohonan maaf itu bagi mengelakkan salah faham berlanjutan atas kenyataan terdahulu.

"Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang.

"Saya juga tak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri.

"Apa juga berlaku, biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu," katanya ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam.


Harian Metro pada 18 Februari lalu melaporkan Hanez mengesahkan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun dikenali sebagai R pada tahun ini selepas menjalin hubungan sejak Januari lalu.

Dalam kenyataannya, Hanez belum bersedia mendedahkan identiti lelaki berkenaan atas sebab-sebab peribadi.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian timbul dakwaan kononnya Hanez merampas suami orang dan menjadi punca keretakan rumah tangga lelaki terbabit.

Hanez berkata, dia juga akan menjelaskan secara terperinci situasi sebenar konflik itu pada sidang media kelak. ~HM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top