
Korang kenal AC Mizal kan? Artis yang juga penyanyi, pengacara dan usahawan Gelang Magnet (bukan model Kacang Cap Gelang ek..) melalui syarikat beliau AC Konsortium. Sebelum nih kecoh sekejap isu Gelang Magnet keluaran beliau tuh (yang berharga 'super' dan menjanjikan pulangan lumayan) sehingga beliau membuat laporan polis kononnya beliau difitnah. Tapi kali nih rasanya akan lebih kecoh apabila 6 artis yang menjadi jurucakap produk beliau dibawah naungan ACK pula telah meninggalkan beliau. Adakah ianya juga berkaitan isu Gelang Magnet tuh?
Enam artis itu adalah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim. Sebelum ini 6 selebriti ini bermati-matian mempertahankan majikannya yang pada saat itu teruk dihentam oleh pelbagai pihak, kini perkara tersebut tak akan berlaku lagi.
Khabarnya mereka telah melepaskan jawatan secara mengejut sebagai jurucakap dalam syarikat berkenaan. Pengumuman secara rasmi mengatakan mereka tidak lagi terlibat dalam urusan syarikat itu telah pun dibuat baru-baru ini di dalam laman sosial facebook masing-masing.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan