Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau sebenar-benarnya pemimpin 1Malaysia apabila tampil ke udara bersama program Morning Kaki's anjuran Radio One FM, iaitu radio berbahasa Mandarin.


Malah, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengasah kebolehannya berkomunikasi dalam bahasa Kantonis, meskipun mengakui tidak fasih dalam bahasa itu.

Beliau yang meluangkan masa selama sejam berinteraksi bersama pendengar Cina mulai pukul 7.30 hingga 8.30 pagi, ditemani penyampai radio, Jack Yap Chaun Ming, Nicholas Ong Sea Wei dan Jane Ng Meng Hui.

Ini merupakan kali kedua Najib ke udara secara langsung melalui radio sejak menjadi Perdana Menteri, selepas kali pertama berbuat demikian pada 6 Mei lalu ketika ke udara bersama Radio Hot FM.

"Hai, selamat pagi semua, nama saya Najib," kata Perdana Menteri dalam bahasa Kantonis memulakan bicara.

Turut sama ke udara bersama beliau ialah anaknya, Nor Ashman, yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin kerana pernah mengambil pengajian bahasa tersebut selama empat tahun.

Di konti, antara persoalan ditanya kepada Perdana Menteri ialah, apakah beliau mempunyai minat yang sama dengan Ashman dan bagaimana pemimpin No. 1 negara itu menghabiskan masa dengan anak-anak.

Selain itu, Najib yang juga pengguna laman sosial ditanya mengenai kekerapan beliau berinteraksi melalui laman tersebut, selain perkembangan Skim Rumah Pertamaku dan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Mengakhiri program tersebut, Perdana Menteri sekali lagi bertutur dalam bahasa Kantonis apabila beliau mendoakan kesihatan serta nasib yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top