Siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di sini, katanya.

"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara,” katanya mengenai penahanan 31 aktivis PSM yang diketuai Anggota Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jeyakumar Devaraj semalam. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top