Usher mahu Pippa




'SAHAM' adik Kate Middleton, Pippa Middleton selepas menjadi pengapit kakaknya itu sewaktu berkahwin dengan Putera Williams memang sedang melonjak tinggi.

Selepas sering menjadi tajuk-tajuk utama di semua media, bintang terkenal Usher tidak ketinggalan menunjukkan rasa minat terhadap Pippa.

Penyanyi tersebut dilaporkan mahu menggunakan Pippa sebagai model pakaian dalaman produk terkininya!

Usher juga dikatakan akan mengadakan perjumpaan dengan Pippa dalam waktu terdekat untuk melamar wanita cantik itu sebagai duta pakaian dalamnya yang akan dijual di seluruh dunia.

"Saya akan mengadakan perjumpaan dengan dia dalam masa terdekat ini. Dia sungguh sesuai menjadi model saya kerana dia sekarang sedang dikenali secara global dan akan menjadi amat sempurna jika dia bekerja di dalam kempen promosi itu.

"Saya tahu mungkin khidmatnya agak mahal. Tapi dia cukup popular dan kuat untuk melariskan rekaan terkini pakaian dalam tersebut," ujar Usher.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top