Minggu lalu pasangan Razman dan Azlin diumumkan tersingkir pada Sabtu dan Ahad. Walaupun sedih dengan penyingkiran berlaku, kedua-dua pasangan itu menerimanya dengan tenang.

Begitu pun, Kak Eton berasakan Azlin yang berpasangan dengan Mohd Hedzer Nadzar keluar dengan penuh rasa bangga apabila diangkat sebagai antara penari terbaik wanita dalam Mari Menari oleh juri tetap, Joseph Gonzales.

Ketika cabaran Mari Menari baru bermula, Razman atau Mohd Razman Ghazali dikejutkan dengan berita sedih. Beliau kehilangan adik lelakinya akibat kemalangan ngeri pada 16 Jun lalu.

Ternyata berita sedih itu masih menghantui pasangan itu sehingga mereka tidak dapat memberikan fokus dan tersingkir minggu lalu. Kak Eton turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada Razman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham agar dia ditempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh.

Sewaktu persaingan minggu lalu, Bibi, peserta paling berusia benar-benar teruji apabila dikehendaki mempersembahkan tarian dari genre hip hop dengan penuh bertenaga. Sekalung tahniah daripada Kak Eton kerana Bibi berjaya mengatasi cabaran diberikan.


Dalam pada itu, Kak Eton dengar ramai yang memuji Nora. Katanya, peserta yang bekerja sebagai artis budaya bersama suaminya itu nampak bergaya. Pada Kak Eton, perkara itu bukanlah mustahil kerana menurut Faizuele, isterinya itu memang gemar memasang badan, hobinya pula membeli-belah.

Nora sanggup berhabis demi untuk kelihatan cantik. Takut Kak Eton dengar apabila si isteri hobinya membeli-belah dan pasang badan, alamatnya ‘kopaklah’ poket Faizuele. Tapi kalau pasang badan dan mencantikkan diri untuk suami apa salahnya.

Cerita mengenai pasangan ini memang menjadi perhatian ramai sejak persaingan Mari Menari musim kedua bermula. Faiz mengahwini isterinya, Asmah yang enam tahun lebih tua daripadanya dengar khabar mendapat tentangan orang tua pada awalnya.

Sebelum ini Faiz, juga ada memberitahu kepada orang produksi bahawa isterinya seorang yang garang, sangat tegas dan kuat cemburu. Alah, Kak Eton sendiri kalau suami lebih muda mestilah garang dan cemburu kuat. Mahu tidak, takut sekarang ini golongan hawa bukan boleh tengok orang muda sudah berkahwin mesti nak menghimpit.

Bagaimanapun, bagi mereka yang menyaksikan Mari Menari minggu lalu pasti sudah memperoleh jawapan mengapa Asmah bersikap demikian. Mengenai perkahwinan mereka mendapat tentangan pun, sudah dijelaskan ibu kedua-dua belah pihak. Malah, sejuk hati Kak Eton bila melihat ibu kedua-dua pasangan ini mendoakan mereka berjaya dalam Mari Menari.

Selain itu ramai yang berbisik sukakan gaya metroseksual yang ditampilkan Umar. Malah, kata pereka tarinya, Ashid, Umar akan datang dengan penuh gaya walaupun hanya untuk menghadiri latihan. Pada Kak Eton secara peribadi baguslah jika begitu. Maklumlah apabila menyertai rancangan realiti pencarian bakat seperti Mari Menari sudah tentu akan sering menjadi perhatian. Jadi bila kita menjaga penampilan ia mampu membeli jiwa penonton. Tidak begitu Umar?

Ramai yang terpegun dan terpaku apabila melihat Mizi yang menyertai Mari Menari bersama anaknya Amanina berusia 18 tahun, masih mampu menarik dengan baik. Bukan itu saja wajahnya yang tidak makan usia walaupun sudah berusia 44 tahun turut menjadi bualan ramai. Bagi mereka yang mahu mengetahuinya nanti Kak Eton kongsi bersama anda.

Sarah dan adiknya Shazrul berketurunan India di sebelah bapa dan Kadazan di sebelah ibu, berbangga mempunyai keluarga yang penuh tradisi. Pada Kak Eton darah campur yang mereka miliki juga membuatkan mereka nampak cantik dan kacak. Ahaks!


Saksikan Mari Menari setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam hanya di Astro Ria Saluran 104

~ Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top