Pekehelnya Yong Ooi?? Alahai baru shoot 1 telefilem dah serik ni. Tak pulak di perjelaskan kenapa & mengapa tapi dari status di Fanpage Fb beliau macam tu la bunyi luahannya
Berlakon telefilem ni tak macam Cikgu shida berlakon dalam video miming yang 100% mengikut kreativiti & selera cikgu shida. Yang keluar budget orang lain, mengarah orang lain, editing orang lain, custom & make up orang lain.. Bak kata orang setiap bahagian tu ada la orang – orang yang bertanggungjawab buat. Tak boleh nak ikut selera sendiri jer. Sepatutnya cikgu shida sedia maklum akan semua tu dari awal sebelum mengambil keputusan sain kontrak berlakon.
Sekarang dah menyesal.. camna tu yong?? Kata nak mencuba & memperluaskan bakat dalam bidang lain. Takkan la dugaan macam ni pun dah putus asa. Kecewa peminat cikgu shida yang beribu riban. Mungkin dorang teringin nak tengok cikgu shida tercalon dalam anugerah bintang popular tahun depan. Tapi kalau baru 1 telefilem pun dah putus asa, maka nampak gayanya cikgu shida hanya akan terus berlakon dalam video miming je lepas ni.
Bila bekerja dengan orang lain ni macam tu la. Harus mengikut apa yang di tetapkan. Nak ikut apa yang kita berkenan jer tak boleh. Tak caya tanya Dato siti Nurhaliza (salah seorang peminat cikgu shida katanya). Dia menyanyi pun bukan 100% ikut apa yang dia suka jer. Kena ikut juga apa yang orang lain nak. Kalau tak.. Memang tak kemana la kerjaya seni dia.
Apapun cikgu shida kalau bidang tu dah tak sesuai jangan la paksa diri. Nasihat sang lekit cuma kalau nak maju kena terima pendapat & tunjuk ajar dari orang lain juga. Jangan riak & bongkak dengan anugerah yang di miliki kerana semua tu hanya pinjaman.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan