Pelakon Nabila Huda menganggap seseorang yang mempercayai bomoh adalah satu perbuatan yang karut.
Nabila berkata, kepercayaan segelintir masyarakat yang menganggap bomoh mampu mengetahui perkara yang berlaku di alam ghaib dan meramalkan sesuatu perkara adalah perkara yang pelik.
“Saya tetap tidak mempercayai bomoh walaupun ada beberapa rakan saya mendakwa terkena ‘buatan orang’ tetapi saya tetap menganggap ia satu kepercayaan yang karut dan saya tidak mempercayainya. Saya juga enggan mengambil tahu tentang kemahiran seseorang bomoh,” katanya.
Tambah Nabila, walaupun begitu anak kepada Amy Search ini masih lagi mempercayai perkara-perkara berkaitan makhluk halus.
“Dalam Islam sudah tertulis bahawa wujudnya makhluk halus dan saya mempercayainya.
“Tetapi saya tidak mahu memikirkan perkara tersebut kerana ia boleh membuatkan saya berimaginasi benda-benda yang menakutkan” ujarnya.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan