Kasihan Kak Yan
Lama Joyah tak dengar cerita mengenai primadona kita, Azean Irdawaty. Baru-baru ni, ada teman Joyah sampaikan perkhabaran mengenai Kak Yan. Sedih Joyah dengar.
Mana taknya, kata teman Joyah, hidup Kak Yan sekarang makin susah, macam-macam terjadi termasuklah masalah kesihatannya semakin merosot.
Kesukaran yang dialami Kak Yan lebih parah bila Joyah dengar dia kesempitan wang lebih-lebih lagi bila dah tak ada sangat tawaran berlakon sekarang.
Sampaikan dia terpaksa bertanya kalau-kalau ada job untuk sehari dua yang mana terdaya dia boleh buat. Walhal Joyah tahu benar, Kak Yan dah tak sekuat dulu lagi.
Bukan apa, semuanya kerana dia terpaksa menanggung kos perubatan dia dan anak lelakinya, Benjy yang semakin meningkat.
Lagi satu, Joyah difahamkan, Kak Yan juga terpaksa berulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur sejak Mac lalu disebabkan kes perbicaraan anaknya yang belum selesai.
Kadang-kadang, dalam masa sebulan dua tiga kali jugalah ke Kuantan. Jadi faham-fahamlah, kalau dah berulang alik semuanya pakai duit, mana nak cari kalau tak bekerja? Belum sentuh lagi pasal nak bayar peguam untuk kes Benjy, bil hospital, makan minum itu ini. Semuanya atas kepala Kak Yan belaka.
Joyah tumpang simpati pada Kak Yan. Satu perkara lagi yang Joyah nampak, lumrah ibu, pengorbanan mereka untuk anak tiada galang gantinya.
Biarpun si ibu tak berdaya mana, tapi jiwa dan hatinya tidak sanggup melihat dan membiarkan anaknya susah atau sakit.
Joyah nak mintak tolong jugalah, mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan pada Kak Yan dari apa sudut sekali pun. Mungkin hari ini hari dia, mana tahu bantuan anda dapat ringankan beban dia. Dapat pahala lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan