
Difahamkan kutipan filem KL Gangster sudah hampir mencecah RM 11 juta !! Wow! rekod baru filem tempatan sudah dipecahkan. Belum pernah mana-mana filem Malaysia berjaya melepasi RM10 juta. Ini satu rekod yang harus dibanggakan.
Jika dlihat daripada sambutan hangat ini, kami percaya kutipan KL Gangster mampu mencecah RM 15 juta kut.
Kutipan setinggi ini akan menjadi cabaran buat pengarah filem yang lain untuk mengatasi rekod tersebut.
Dengar khabarnya, Syamsul Yusof akan mengarahkan sequel atau prequel KL Gangster pula nanti. Sama-samalah kita nantikan dan adakah sequel atau prequel tersebut berjaya mengatasi rekod KL Gangster.
p/s : Kami cadangkan filem KL Gangster ini hanya ditayangkan secara exclusif di pawagam saje sama macam filem Nur Kasih. Tiada astro first tiada DVD. Barulah kutipan filem ni boleh melonjak lagi. RM20 juta mungkin? Sapa tau kan..
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan