9177064

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menya-sarkan jumlah kutipan daripada bank-bank ejen pemungut cukai LHDN meningkat sebanyak sepuluh peratus kepada RM9 bilion daripada RM8.18 bilion pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah LHDN, Mohd Sait Ahmad berkata, ejen pemungut LHDN yang dilantik setakat ini adalah CIMB Bank, Public Bank, Maybank, Bank Islam, Hong Leong bank dan RHB Bank.

Menurutnya, pembayaran dalam talian adalah lebih selamat berbanding bayaran cek dihantar melalui surat biasa.

"Pada tahun lalu, sebanyak 224,618 cek diterima melalui mel biasa, manakala 577,046 cek melalui surat berdaftar. Cek yang dihantar melalui mel berisiko hilang semasa penghantaran," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, jumlah kes kehilangan dilaporkan melalui sistem perbankan tidak sampai lima peratus sahaja disebabkan kecuaian individu itu sendiri.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top