Juara bagi kategori kek dan biskut akan meraih RM5,000 dan barangan Tupperware bernilai RM5,000 manakala pemenang tempat kedua menerima wang dan barangan Tupperware yang masing-masing bernilai RM3,000.
Tempat ketiga pula memenangi barangan Tupperware bernilai RM2,000 dan wang tunai RM500.
Peserta perlu mencipta resipi sendiri sama ada bagi kategori kek atau biskut dan mengirimkannya kepada penganjur di dalam kertas bersaiz A4.
Setiap resipi perlu menggunakan Minyak Jagung Daisy. Sekiranya resipi ciptaan mereka dipilih, peserta tersebut dikehendaki membawa dua set kek atau dua set biskut yang telah siap dimasak ke lokasi pertandingan peringkat zon.
Peserta akan diminta mempamerkan resipi serta hiasan makan mengikut kreativiti dan tema yang ditetapkan oleh penganjur.
Pertandingan itu dianjurkan minyak jagung Daisy keluaran Lam Soon dan Tupperware bertindak sebagai rakan strategik.
Pertandingan peringkat zon akan diadakan di Giant, Kuala Terengganu pada 18 Jun, AEON AU2 Shopping Centre, Setiawangsa, Kuala Lumpur (26 Jun), Star Parade, Alor Setar (2 Julai) dan Giant, Tampoi, Johor (10 Julai).
Sebanyak 15 peserta daripada kedua-dua kategori akan dipilih untuk bertanding pada peringkat zon.
Hanya lapan peserta akan dipilih ke peringkat akhir di Plaza Shah Alam, Selangor pada 17 Julai dengan masakan bertemakan Hari Raya Aidil Fitri.
Peserta yang layak ke peringkat akhir akan menghadiri bengkel sehari masakan kek dan biskut bersama Chef Liza Zainol yang merupakan Duta Minyak Jagung Daisy pada 15 Julai di Laman Chef Liza di sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan