Melihat gaya dan gaya Shahir yang digelar ustaz dalam Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8), Murai Batu terus teringat dengan bintang AF6, Faisal yang terkenal dengan tagline salam...

Kebetulan asal-usul kedua-dua jejaka tampan ini sebelum bergelar pelajar AF pun memang sama. Faisal pernah menganggotai kumpulan nasyid Far East manakala Shahir pula adalah bekas anggota kumpulan nasyid Saujana.

Malah, Murai Batu rasa industri seni amatlah kecil kerana Faisal dan Shahir merupakan kawan baik dan difahamkan beberapa hari sebelum jadi pelajar AF8, Shahir ada bertemu dengan Faisal.

Dalam pada itu, Murai Batu diberitahu Faisal yang sebelum ini pernah muncul dengan single bertajuk Mencari Cinta khabarnya sedang menderita sakit paru-paru berair.

Dan kerana dek sakit itu, Murai Batu dapat tahu Faisal yang dulu agak berisi badannya sudah menjadi susut. Bagaimanapun, dia kini sudah beransur-pulih tetapi masih lagi bergantung dengan ubat.

Pun begitu, punca Faisal mendapat sakit itu tidak pula diketahuinya memandangkan dia bukanlah seorang perokok. Namun, Faisal redha dan tetap meneruskan karier sebagai penyanyi.

Bercakap tentang kariernya, Murai Batu diberitahu lagi, Faisal bakal merakamkan semula single Mencari Cinta dengan versi yang baru dan berkemungkinan besar dia bakal berduet dengan seorang penyanyi popular.

Dengar cerita, Faisal dalam proses menyunting Mawi untuk berduet dengannya dalam lagu tersebut. Sekiranya tak jadi dengan Mawi, mungkin Faisal akan bekerjasama dengan Yassin.

Bagi Murai Batu, kalau benarlah Faisal nak merakamkan semula lagu tersebut dan mahu mencari pasangan duet, apa kata berduet sajalah bintang AF yang sealiran dengannya seperti Qhaud. Lebih menarik, Faisal boleh menunggu Shahir selepas tamat pengajian dalam AF8.

Mesti lebih ngam. Yelah..kedua-duanya sekepala dan mempunyai peminat yang sama.


MURAI BATU: Inilah namanya bukan perokok lebih berisiko besar mendapat penyakit.


Sumber: Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top