Aizat & The Band. 

Selain Aizat, band ini diterajui oleh Ruvi sebagai pemain drum, Mizi (gitar elektrik utama) dan abangnya, Anas (bass).

Biarpun Aizat telah menubuhkan band tersebut tidak bermakna dia akan tampil sebagai sebuah band sebaliknya mengekalkan jenama Aizat yang dikenali sebagai penyanyi solo.

“Saya menubuhkan band ini untuk membantu saya ketika membuat persembahan di pentas. Bukan sahaja sama-sama membuat persembahan, saya juga merakamkan lagu bersama-sama mereka di studio,” kata Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan kepada mStar Online.

Bukan mudah untuk Aizat membina nama dalam industri seni ini. Bermula dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia, nama Aizat semakin dikenali.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top