Zafarina Jamhari atau Farina 28, terselamat daripada menjadi mangsa penyingkiran yang seterusnya. Dia yang mendapat peratusan terendah dengan 11. peratus sewaktu undian ditutup, bagaimanapun akan meneruskan pengajian di Akademi Fantasia 8. Pengumuman dilakukan oleh Sarimah Ibrahim pada Debaran Akademi Fantasia dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi. Hadiah daripada pihak Astro ini diberikan kepada pelajar ini mungkin berdasarkan pencapaian mereka pada konsert kelima semalam. Malah Pengetua dan tenaga pengajar memuji pencapaian pelajar ini untuk konsert yang kelima. Persembahan menarik mereka semalam mendapat pujian, sokongan juga kritikan daripada Aznil Hj Nawawi dan Adlin Aman Ramli serta Sham.

Mulai esok di Diari Akademi Fantasia yang ditayangkan pada jam 7.30 malam di Astro Ria (saluran 104), penonton masih boleh menonton kesemua pelajar ini. Pastinya, memasuki separuh masa kedua musim ini memberikan lebih drama untuk tontonan para peminat Akademi Fantasia Kini, masih ada lapan (8) peserta yang meneruskan perjuangan mereka dalam AF 8 pada minggu keenam.

Perkembangan undian terkini, Daus melonjak ke tangga pertama dengan 13.84 apabila undian ditutup sebentar tadi. Ini diikuti dengan Maulana (13.65) dan Shahir (12.82) Adira yang mengungguli kedudukan undian sepanjang minggu jatuh di tangga keempat dengan 12.54 peratus manakala Iwan melonjak dari tangga terbawah pada permulaan debaran dengan 12.42 peratus. Namun, situasi ini merupakan kedudukan terendah Iwan di Akademi Fantasia 8 buat masa ini Nad kekal selamat dengan 11.99 peratus manakala Ain sehingga kini masih belum dapat meyakinkan pengundi biarpun menunjukkan persembahan yang begitu memberangsangkan. Dengan 11.47 peratus, Ain tidak begitu berbeza dengan pelajar tercorot minggu ini Farina (11.27) Ternyata, kedudukan undian pelajar musim ini benar-benar sukar dijangka. Persembahan yang baik sekurang-kurangnya akan menjadi kayu ukur utama penonton mengundi. Selebihnya, kita serahkan kepada penonton untuk mengundi pelajar kesukaan mereka Jangan biarkan pelajar kegemaran anda tersingkir.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top