Alif AF8 Tersingkir

Muhammad Alif B. Kadim atau Alif, 19, menjadi pelajar keempat tersingkir dari program Akademi Fantasia 8 (AF 8). Pengumuman dilakukan oleh Sarimah Ibrahim pada Debaran Akademi Fantasia dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi

Pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur itu menunjukkan persembahan yang baik pada minggu keempat menerusi lagu Hanya Di Radio nyanyian asal Headwind. Namun cara nyanyian ala dangdut nya mendapat kritikan hebat terutama dari Adlin Aman Ramli. Turut menjadi pengkritik semalam adalah Aznil Hj Nawawi. Dan penyanyi terkenal, Aishah

Kini, tiada lagi keletah ‘adik manja’ Alif yang boleh ditonton menerusi Diari AF. Malah, penonton pasti akan merindui ‘suara besarnya; setiap kali membuat persembahan untuk konsert mingguan. Dia pasti akan dirindui oleh kesemua pelajar, tenaga pengajar dan peminatnya

Kini, tinggal lapan peserta yang meneruskan perjuangan mereka dalam AF 8 pada minggu kelima ini. Adira menduduki tangga pertama dengan markah 15.17 peratus, Shahir (13.24), Maulana (11.23), Daus (10.75), Ain (10.62), Nad (10.07), Iwan (9.99), Farina (9.96) dan Alif di tangga terendah dengan (9.46)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top