Hai, macam-macam aduan yang sampai ke telinga Murai Batu tentang sikap buruk segelintir peminat Maulana.

Setiap kali menghadiri konsert minggu Akademi Fantasia Musim Ke-8(AF8), ada di antara segelintir peminatnya ini dikatakan asyik buatbising.

Kalau setakat buat bising macam biasa tu, Murai Batu rasa tidak apajugalah. Tapi, kalau dah sampai menganggu orang dan tak tahumenghormati hak orang lain, itu Murai Batu rasa itu dah dikira oversikitlah.

Yelah mana tidaknya. Kalau dah asyik buat bising sampai nak cari pasal dengan orang, itukan tak elok namanya.

Mula-mula Murai Batu sendiri pun tak ambil pot tentang isu ni. Tapi,kalau dah ramai sangat yang komplen dan cerita yang disampaikan pulasama saja, Murai Batu rasa terpanggil jugak untuk bersuara.

Tak salah sebenarnya kalau mana-mana peminat untuk menyokongpelajar AF8 yang diminati atau digilai mereka. Tapi, kalau nakmenyokong pun, kenalah ada adab dan tatasusila juga.

Jangan sampai menyusahkan orang lain atau menganggu orang. Lagipunkesianlah kat Maulana. Disebabkan sikap peminat yang sedikit over, takpasal-pasal pulak Maulana yang dapat nama buruk.

Murai Batu bagi nasihat ni pun atas kebaikan semua. Jangan terasa hati pula dengan teguran Murai Batu ni, ya.

Teguran dan nasihat Murai Batu ini bukan hanya untuk peminatMaulana saja.Tapi, ia turut ditujukan kepada mereka meminati pelajarAF8 yang lain seperti Alif dan Nad dan sebagainya.

MURAIBATU: Tak sabar tunggu Maulana nyanyi Biarkan daripada Juara AF1, Vince.

Source: Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top