Kamilah Bintang Astro Ceria



Selepas menjelajah ke tiga buah negeri iaitu Kuantan, Johor Bahru dan Shah Alam, sesi pencarian bintang muda masa depan bagi mencari pelapis penyanyi sedia ada kini sudah pun berakhir. Kini tibalah masanya Astro Ceria mengumumkan senarai enam bintang muda yang telah ditapis melalui sesi pemilihan yang ketat. Mereka bakal bersaing untuk merebut gelaran juara dan beraksi di pentas Kamilah Bintang yang akan disiarkan di saluran 611, setiap Jumaat jam 5.30 petang bermula 19 November 2010 kelak.

Enam bintang muda yang telah terpilih adalah terdiri daripada DAYANG (Dayang Nazillah Binti Awang Astillah, 14, Ulu Klang), WANI (Syazwani Binti Sapari, 10, Petaling Jaya), AIMAN (Mohammad Aiman Azli Bin Aziz, 14, Semenyih), FAISAL (Raja Mohd Faisal Khairullah Bin Raja Abdul Halim Shah, 13, Gelang Patah, Johor), FARHAN (Muhammad Fathullah Farhan Bin Muhammad Rosdi, 12, Pekan, Pahang) dan QISTINA (Qistina Amira Binti Rohaizad, 13, Seremban).

Kamilah Bintang merupakan pertandingan nyanyian sewaktu musim cuti sekolah yang julung kali ditayangkan di Astro Ceria dan merupakan satu-satunya program realiti di Malaysia yang tidak akan menyingkirkan pesertanya. Juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan bersiaran termasuk konsert akhir yang akan berlangsung pada 24 Disember 2010 jam 5.30 petang kelak.

Sepanjang tempoh itu, mereka akan dibantu secara bergilir-gilir oleh ikon-ikon yang cukup berpengaruh dalam industri muzik yang bakal membimbing dan berkongsi ilmu serta pengalaman sebagai persediaan sebelum membuat persembahan mingguan iaitu Amy Search, Kumpulan Hujan, Stacy, Aizat dan Farah Asyikin.

Menariknya program Kamilah Bintang ini ialah setiap peserta akan diberi kemudahan tiga “kuasa bintang” sebagai bantuan setiap seorang untuk digunakan sepanjang enam minggu persembahan. Walau bagaimanapun, dua markah akan ditolak setiap kali “kuasa bintang” digunakan. Tiga pilihan “kuasa bintang” yang ada ialah bantuan penyanyi latar, hiasan pentas dan kelas vokal.

Program Kamilah Bintang bukan sahaja menyediakan platform untuk para peserta menunjukkan bakat terpendam tetapi juga peluang kepada mereka untuk berbakti dan menyumbang kepada sekolah masing-masing. Setiap minggu, pelbagai habuan menarik menanti peserta dan sekolah yang mereka wakili bagi yang berjaya mengumpul markah tertinggi untuk persembahan mingguan. Bukan itu sahaja, mereka juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah menarik pada malam kemuncak Kamilah Bintang kelak.

Barisan juri tetap telah dipertanggungjawabkan bagi menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan setiap minggu. Tiga orang juri tetap akan menilai para peserta berdasarkan kualiti vokal, keaslian dan kreativiti, mutu persembahan dan pemilihan lagu yang sesuai. Mereka adalah pengacara terkenal; Aznil Haji Nawawi , guru vokal yang berpengalaman; Cikgu Syafi dan penghibur terkenal; Adibah Noor.

Program Kamilah Bintang juga bakal menyaksikan gandingan Zoey dan Nora Danish yang buat pertama kali digandingkan di atas pentas bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dan pengacara bersama.

3 ulasan:

  1. sebenarnye saye tak tahu yang rancangan kamilah bintang ni best,jadi saya tidak tengok lah tapi selepas saye tahu qistina tak jadi juare saye terus tengok kamilah bintang you tube untuk tengok semula persembahan qistina .

    BalasPadam
  2. syakir terengganu fc30 Ogos 2011 pada 7:41 PTG

    kamilah bintang so the best . sye suke tengok kamilah bintang.saye terkejut tengok wani menyanyi kerane suara dia best.dalam banyak2 peserta kamilah bintang qitina lah yang paling cantik bagi saye.

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top