Semakin hampir ke kemuncak, semakin akrab hubungan persahabatan antara semua pasangan Mari Menari. Apabila tiba waktu untuk berpisah, pasti terasa sangat sedih dan pilu. Inilah yang terjadi apabila pengacara Awal Ashaari mengumumkan penyingkiran pasangan kelima, pasangan Yat.



Walaupun pasangan Yat telah diberikan 2 markah tambahan oleh Joseph Gonzales, namun masih belum berupaya meletakkan mereka di tangga yang selesa. Kesedihan penyingkiran kali ini turut dirasai oleh semua penasihat, koreografer dan penonton yang hadir.

Mengimbas malam Mari Menari Sabtu lalu, kesemua 8 pasangan telah diberikan tugasan menarikan tarian berkonsepkan Broadway. Tarian yang kebiasaannya menggunakan objek sampingan atau "prop" ini menjadi salah satu cabaran tambahan dalam tugasan minggu ini.

Hampir kesemua pasangan Mari Menari minggu ini telah membuat satu persembahan yang hebat, bertenaga dan mempesonakan. Beberapa markah 10 juga telah diberikan kepada kebanyakan pasangan pada malam ini. Namun begitu, tekanan terhadap pasangan Razif memuncak apabila persembahan mereka dikritik hebat hinggakan mereka mendapat markah terendah.

Dalam Penentuan Mari Menari, penilaian tambahan telah dilakukan dalam persembahan lagu tema Mari Menari. Peluang ini digunakan secukupnya oleh semua pasangan untuk mendapatkan markah tambahan daripada juri tetap, Joseph Gonzales. Dalam penilaian ini, pasangan Zarin telah mendapat 3 markah, pasangan Yat mendapat 2 markah dan pasangan Razif mendapat 1 markah.

Berikut adalah markah juri ketika Mari Menari dan keputusan penuh selepas undian ditutup.

Peratusan Markah Juri (termasuk markah tambahan):

1. Fahmi - 48%

2. Rosdi - 45%

3. Nita - 44%

4. Ariz - 44%

5. Zul - 44%

6. Zarin - 44%

7. Yat - 42%

8. Razif - 40%

Markah selepas undian ditutup (Markah Juri + Undian):

1. Razif - 53%

2. Nita - 49%

3. Zul - 48%

4. Fahmi - 48%

5. Ariz - 45%

6. Rosdi - 44%

7. Zarin - 42%

8. Yat - 40%

Dengan penyingkiran Yat ini bermakna tinggal tujuh (7) lagi peserta yang bakal beraksi di lantai Mari Menari. Oleh itu teruskan mengundi pasangan kegemaran anda dengan menaip MM NAMA PASANGAN ke 32999 atau MM3/5/10/20 NAMA PASANGAN ke 32999. Bantulah mereka merealisasikan impian mereka.

Saksikan juga video-video Mari Menari menerusi Astro Mobile TV dengan menaip ON MM dan hantar ke 26000, eksklusif untuk pengguna Maxis.

Dapatkan Album Mari Menari yang mengandungi gambar-gambar Pasangan Mari Menari. TAIP MMALBUM dan hantar ke 32323. Kemudian anda akan menerima wap link ke Album Mari Menari.

Selain itu, ikuti perkembangan-perkembangan menarik kesemua pasangan peserta Mari Menari di laman sosial Facebook di www.facebook.com/marimenari dan laman Twitter di twitter.com/marimenari

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top