Konsert pertama untuk rancangan terkini terbitan Astro, Kamilah Bintang bermula dengan suasana penuh "Rock & Roll!" Konsert ini telah disiarkan buat pertama kalinya di Astro Ceria (saluran 611) pada Jumaat lepas jam 5.30 petang. Konsert ini menampilkan 6 peserta kanak-kanak bersaing menuju ke kemuncak bintang.



Peserta Kamilah Bintang minggu ini sangat bertuah kerana mereka akan dibimbing oleh penyanyi rock lagenda Malaysia, Amy Search. Peluang yang jarang-jarang didapati oleh sesiapa sahaja walaupun artis terkenal digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk menghadapi konsert pertama Kamilah Bintang.

Lagu-lagu yang mereka persembahkan minggu ini adalah Permata Pemotong Permata (Wani), 3 Malam Tanpa Bintang (Farhan), Akan Ku Tunggu (Dayang), Fantasia Bulan Madu (Faisal), Pakai Kanta Cinta (Qistina) dan Terima Kasih (Aiman).

Secara keseluruhannya, semua peserta telah melakukan persembahan yang amat baik walaupun terdapat beberapa masalah seperti malu-malu, kurang fokus, terlalu rileks dan beberapa kecacatan kecil yang boleh diperbaiki minggu hadapan. Walau apa pun masalahnya, mereka tetap telah membuat satu persembahan yang menghiburkan.

Konsert Kamilah Bintang ini diadili oleh 3 juri tetap iaitu Cikgu Syafi, Adibah Noor dan Aznil Hj. Nawawi. Kesemua juri telah memberikan komen-komen yang sangat membina dengan gaya-gaya yang sungguh "sporting" dan menyeronokkan selain memberi beberapa nasihat kepada semua peserta.

Faisal telah terpilih sebagai peserta yang mendapat markah paling tinggi pada minggu ini dengan markah 8.3 daripada 10 atau 83%. Faisal telah menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh mentor mereka minggu ini iaitu Amy Search. Persembahan yang mantap, vokal yang hebat serta penyampaian yang selesa telah memikat hati juri untuk meletakkannya di tangga teratas.

Berikut adalah senarai markah yang diperolehi peserta Kamilah Bintang dalam konsert pertama:

1. Faisal - 8.3

2. Farhan - 6.7

3. Wani - 6.2

4. Dayang - 5.6

5. Aiman - 5.4

6. Qistina - 4

Kuasa bintang masih belum lagi digunakan dalam konsert Kamilah Bintang yang pertama. Kuasa bintang ini membolehkan peserta mendapatkan bantuan tambahan seperti penyanyi latar, hiasan pentas dan kelas vokal. Namun setiap kali kuasa bintang ini digunakan, 2 markah akan ditolak daripada keseluruhan markah peserta.

Mampukah peserta-peserta ini meningkatkan mutu persembahan mereka? Dapatkah Faisal yang menduduki tangga teratas mengekalkan kedudukannya? Saksikan episod ke-2 Konsert Kamilah Bintang pada Jumaat, 26 November 2010 di Astro Ceria (611).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top