Akademi Al-Quran, sebuab program mendidik generasi Islamik dan celik Al-Quran kini sedang mencari bakat baru bagi musim kelima. Seramai 10 peserta yang benar-benar memenuhi kriteria sebagai peserta akan dipilih untuk menunjukkan kebolehan mereka di atas pentas AQ5 yang akan disiarkan menerusi TV9 pada bulan Januari ini. Sebagai permulaan, krew AQ5 kini sedang menjelajah dari satu negeri ke satu negeri bagi mencari bakal qari dan qariah berkualiti.

Peserta yang ingin mencuba nasib menjadi peserta kepada program yang pernah mencecah hingga 1.5 juta penonton ini perlulah membawa gambar berukuran saiz poskad dan pastikan anda semua adalah rakyat Malaysia. Lebih menarik, penyertaan pada musim ini dibuka kepada adik-adik berusia lingkungan 13 tahun hingga 27 tahun.

Krew penerbitan AQ5 akan menjelajah ke enam lokasi bermula 11 November. Berikut adalah jadual yang telah disediakan.

No Tarikh Ujibakat Lokasi Ujibakat
1 11 - 12 November Dewan Kompleks Balai Islam, Kota Bharu, KELANTAN
2 14 - 15 November Institut Quran Terengganu (IQT), TERENGGANU
3 18 – 19 November Kompleks Islam Johor, Johor Bahru, JOHOR
4 22 – 23 November Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, PERAK
5 25 November Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, KEDAH
6 27 – 28 November Muzium Kesenian Islam, KUALA LUMPUR


Kelahiran program realiti Akademi Al-Quran terbitan TV9 sejak 2006 ini telah berjaya meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran secara taranum dengan bimbingan daripada mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Selain daripada peserta dapat mendalami ilmu Al-Quran, para penonton juga bertuah kerana dapat berkongsi pembacaan Al-Quran menerusi penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri dalam setiap rancangan tersebut.

Sehingga kini, 4 qari hebat telah ditemui iaitu Anuar Hasin yang dinobatkan sebagai Juara bagi AQ1, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai Juara AQ2, Fakhrul Radzi Khamaruddin sebagai Juara AQ3 dan baru-baru ini Juara AQ4 menjadi milik Ahmad Tirmizi Haji Ali.
Siapa pula bakal bergelar Juara AQ5? Adakah anda bakal Juara AQ5? Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai ujibakat Aakdemi Al-Quran musim 5 yang bermula minggu hadapan.

1 ulasan:

  1. den kecewa sebab tak tau tarikhnya untuk anak masuk uji bakat...nak buat camne cuti sekolah biasela anak-anak berebut stesyen tv..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top