Segala persoalan bakal terjawab malam ini. Juara terakhir Akademi Fantasia yang bakal mengikut jejak Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir bakal diketahui dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 di Dataran Putrajaya. Siapakah antara Azri, Fina, Hazama dan Lena yang bakal dinobatkan sebagai Juara bersama hadiah wang tunai RM200 ribu?


Akademi Fantasia 9 mula bersiaran sejak 2 April 2011 menampilkan 12 pelajar Akademi Fantasia dalam Konsert Tirai yang telah diadakan secara terbuka di Pusat Membeli Belah AEON AU2, Setiawangsa. Pelbagai kejutan telah diadakan sepanjang 10 minggu Konsert Mingguan diadakan termasuk Operasi Gugur yang telah menyerap masuk 2 calon baru iaitu Hazama dan Fina setelah Aida dan Amir digugurkan.

Musim terakhir ini juga telah memperkenalkan satu perubahan yang besar apabila pertama kali Diari Akademi Fantasia diadakan di hadapan khalayak ramai. Sebuah rumah kaca telah dibina di tengah-tengah Pusat Membeli Belah AEON AU2, Setiawangsa sebagai tempat pembelajaran pelajar Akademi Fantasia sepanjang musim ini. Pembaharuan ini ternyata memberikan pelbagai pandangan berbeza oleh peminat-peminat Akademi Fantasia.

Kejutan terbesar juga telah berlaku dalam Akademi Fantasia 9 ini apabila Sistem Imuniti diperkenalkan sebagai ganjaran kepada pelajar yang mendapat gabungan markah tertinggi oleh tenaga pengajar dan undian SMS tertinggi oleh penonton. Calon yang diserap masuk iaitu Fina telah mendapat Imuniti apabila gabungan markah dan undian SMS Fina berada di tempat teratas menewaskan cabaran terdekat Hazama hanya dengan 0.07 markah sahaja.

Penyingkiran demi penyingkiran telah berlaku dan kini hanya tinggal 4 pelajar sahaja yang berada di Akademi Fantasia bersaing merebut kejuaraan dalam Konsert Akhir setelah Erul diumumkan sebagai pelajar terakhir meninggalkan Akademi Fantasia. Malam ini dalam acara kemuncak, Konsert Akhir Akademi Fantasia, 4 finalis bakal berentap buat kali terakhir menyampaikan 2 buah lagu setiap seorang berserta 1 lagu bonus untuk dipersembahkan buat kali terakhir. Saksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia 9, secara langsung di Saluran Astro Ria (104) dan Saluran HD (188), bermula jam 9 malam ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama menonton KLIP KLIP AF9 menampilkan Muzik Video terbaru dari AZRI, HAZAMA, ERUL, LENA, NERA dan FINA! Pada hari Ahad, jam 11.30 malam, eksklusif di Astro Ria (saluran 104)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top