Faktor cuaca yang tidak menentu serta kekurangan air merupakan antara penyebab masalah bibir kering, pecah-pecah dan merekah. Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut, jenama terkemuka, Mentholatum memperkenalkan rangkaian terbaru daripada jenama mereka iaitu Waterlip.
Waterlip dipertingkatkan dengan rumusan lembapan lebih pekat supaya masalah bibir kering dan merekah dapat diatasi dengan cepat. Dengan Mentholatum Waterlip, anda juga mampu memiliki bibir yang lembut, lembab serta menawan.
Apa yang menariknya, produk baru ini mengandungi bahan pelembab yang mampu mengganti semula serta mengekalkan lembapan pada bibir. Kandungan Asid Super Hialurik juga berfungsi memberi lembaban tahan lama pada bibir sekaligus memberi gambaran bibir lebih penuh dan terserlah.

Selain itu, kehadiran Kolagen turut membantu meningkatkan tekstur dan keanjalan bibir. Waterlip membantu melindungi bibir dengan ekstrak Galian Laut Dalam yang berfungsi memperbaiki, melembab serta melindungi lapisan kulit lembut pada bibir.
Manakala kandungan SPF15PA+ pula melindungi bibir daripada sinaran UV yang memudaratkan. Bagi mereka yang memiliki bibir sensitif, Waterlip bebas bahan pengawet dan pewarna dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Didatangkan dengan bentuk rupa yang baru, Waterlip boleh didapati dalam dua variasi iaitu Bebas Pewangi dan Pudina. Rangkaian Waterlip boleh didapati di farmasi utama dan gedung beli-belah terkemuka dengan hanya RM12.90 sahaja setiap satu.
0 ulasan:
Catat Ulasan