Emma Roberts tidak minat lelaki tua

LOS ANGELES 16 Jun – Pelakon Emma Roberts (gambar) mengakui dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki tua.

Roberts, 20, pernah menjalin hubungan dengan bintang Hollywood, Alex Pettyfer.

Roberts dan Pettyfer menjadi rapat ketika menjalani penggambaran filem Wild Child pada 2008.

Mereka merahsiakan hubungan mereka walaupun terdapat bukti Pettyfer mempunyai tatu singkatan nama Roberts pada pergelangan tangannya.

Bintang filem Scream 4 tersebut yang masih membujang berkata, ramai rakannya berminat dengan lelaki yang berusia, namun ia tidak mempengaruhinya.

“Saya pernah keluar dengan lelaki yang lebih tua beberapa tahun daripada saya, tetapi kini tidak lagi.

“Ada rakan saya melihat lelaki tua sebagai sangat kacak,” kata Roberts kepada laman web selebriti Music Rooms. – Agensi






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top