"Saya sudah penat dikaitkan dengan Fauziah Gous. Saya juga sudah malas hendak menjawab pertanyaan orang di Facebook dan Twitter. Bahkan, saya juga sudah tidak mahu menjawab persoalan daripada ibu bapa saya. Cukuplah penjelasan yang pernah saya berikan sebelum ini. Saya tidak mahu terus-terusan dikaitkan dengan Fauziah. Kami hanya bersahabat baik,"jelas Iqram apabila diajukan tentang status hubungannya dengan heroin filem Rasuk itu.
Dalam masa yang sama,pelakon berasal dari Perak ini juga mengakui yang dia dan Fauziah pernah tidak bertegur –sapa selama sebulan hanya kerana masing-masing beranggapan perlu menjauhkan diri seketika bagi memberi ruang kepada diri sendiri.
"Kami tidak bertegur-sapa selama sebulan kerana merasakan masing-masing perlu memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencari ruang baru di dalam kehidupan. Kami sudah berkawan selama enam tahun, jadi ramai yang ingat kami ada hubungan istimewa. Walaupun saya dan Fauziah pernah menafikan, tetapi masih ramai yang menganggap kami bercinta.
Jadi secara peribadi saya merasakan, saya perlu menjauhkan diri daripada Fauziah buat seketika. Kalau kami sering bersama, mungkin tidak ada wanita yang ingin menghampiri saya. Saya pun bukannya muda lagi.
Macam yang pernah saya katakan dahulu, saya telah sasarkan umur 30 tahun untuk mendirikan rumah-tangga. September ini saya akan menyambut ulangtahun ke 30. Jadi saya punya masa kira-kira tiga bulan sahaja lagi untuk mencari jodoh yang sesuai. Seandainya tidak berjumpa, saya terpaksa akur dengan ketentuanNya dan dengan rela hati memberi 'lampu hijau' kepada emak saya untuk mencari pasangan hidup yang sesuai," luah Iqram berterus-terang.
Berjaya atau tidak Iqram mencari cintanya, sama-sama kita nantikan pada September nanti. Mana tahu Iqram akan membuat pengumuman penting kepada pihak media dan juga peminat.
Sementara itu, GUA juga sempat bertanya sama ada dia pernah jatuh cinta kepada Fauziah Gous atau tidak. Tanpa berselindung, lelaki ini mengakui perasaan cinta itu pernah menguasainya dirinya dan dia pernah berterus-terang kepada Fauziah. Namun, Fauziah tidak mampu menerima cintanya itu kerana sudah menganggapnya sebagai kawan baik.
"Saya rela melupakan rasa cinta itu kerana saya terlalu sayang dan menghargai persahabatan kami. Saya lebih rela hilang kekasih daripada hilang sahabat baik. Kami memang saling memerlukan kerana banyak perkara yang kami kongsikan bersama,"ujar Iqram tegas.
0 ulasan:
Catat Ulasan