Penelope Cruz ‘lupa’ bagaimana untuk berehat. Aktres Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides – yang mempunyai seorang anak lelaki berusia lima bulan, Leo, bersama suaminya Javier Bardem – kini belajar untuk tidak menjadi seorang yang ‘ketagih bekerja’ dan tidak lagi berasa bersalah untuk meluangkan masa berehat daripada bekerja.


Katanya: “Saya fikir kita semua berubah setiap hari namun selepas bertahun-tahun menjadi seseorang yang ketagih bekerja, saya mahu menukar rentak dan kini mencari lebih keseimbangan untuk bergembira.

“Saya sekarang tidak berasa bersalah apabila tidak bekerja. Sebelum ini, apabila saya balik rumah di Sepanyol dari Amerika Syarikat, saya lupa bagaimana bercuti dengan betul, bagaimana baring di pantai dan berehat.

“Saya akan pulang dan mengunci diri dalam bilik air bersama BlackBerry dan memeriksa e-mel kerja. Keluarga saya tahu mengenainya dan sentiasa cuba menyembunyikan telefon saya.”

Penelope, 37, juga mengakui beliau ‘menang loteri’ dengan kejayaan kerjayanya dan peluang yang dikecapinya.

Beliau berkata kepada majalah Closer: “Saya menang loteri besar.
“Saya melakukan apa yang saya suka dengan kerjaya dan saya amat bersyukur dengan segala-galanya yang saya miliki.
“Saya tidak pernah lupa dengan kata-kata, untuk mempunyai sebuah rumah dan makanan di dapur bukan perkara biasa untuk kebanyakan orang.” – Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top