Penyanyi hip-hop, Sean Kingston dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital selepas bot yang dinaiki melanggar jambatan Miami dan dia dilaporkan stabil, kata pegawai perhubungan awamnya.

Pegawai perhubungannya, Joseph Carozza, berkata keluarga Kingston berterima kasih atas sokongan dan doa peminat.

Kingston dan penumpang wanita cedera apabila bot dinaiki mereka melanggar jambatan Palm Island kira-kira jam 6 petang Ahad, kata jurucakap Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida, Jorge Pino.

Akhbar Miami Herald melaporkan bot yang lalu di kawasan itu menyaksikan kemalangan itu dan menyelamatkan kedua-dua mangsa dengan menarik mereka ke dalam bot itu.


Mereka dimasukkan ke Pusat Trauma Ryder Isnin tetapi Pino berkata beliau tidak tahu mengenai keadaan mereka. Pihak berkuasa masih menyiasat pelanggaran itu dan pada ketika ini tiada yang menyebut mengenai peranan alkohol,” kata Pino.

Nama Kingston melonjak dengan lagunya berjudul Beautiful Girls pada 2007 dan turut muncul dalam lagu oleh artis lain termasuk Justin Bieber.

Album pertamanya sendiri mencatatkan jualan lebih sejuta unit di seluruh dunia. Menerusi Twitter, Bieber menyiarkan mesej untuk menyokong Kingston.

“Sean Kingston dalam doa saya malam ini. Rakan sejati dan abang tua. Tolong masukkan beliau dalam doa anda juga,” kata Bieber dalam Twitternya kelmarin. – AP.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top