PETALING JAYA: Kehebatan rancangan Bella di ntv7 mendapat pengiktirafan pengeluar minyak wangi Bulgari Mon Jasmin apabila dipilih sebagai program bual bicara berbahasa Inggeris yang menyerlahkan bakat dan potensi wanita.

Program ini disiarkan selama setengah jam dari Isnin hingga Jumaat, pukul 11.30 pagi sejak awal tahun ini. Sementara ia turut disiarkan secara langsung pada setiap Ahad. Antara isu yang dikupas termasuklah fesyen, kesihatan, gajet dan kewangan.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul, pengiktirafan ini merupakan suatu testimoni yang amat bermakna dalam usaha ntv7 untuk menyajikan program berkualiti yang sentiasa meningkatkan pengetahuan penonton.

"Sudah tentu ntv7 rasa amat berbangga dengan pengiktirafan ini. Kami menjadi lebih bersemangat untuk menghasilkan program yang berkualiti dan mendapat tempat di hati penonton.

"Setakat ini, kami telah berjaya mencapai sasaran penonton iaitu 100,000 orang. Walaupun program ini disasarkan kepada penonton di bandar, namun kami rasa menjadi suatu idea yang menarik untuk menjadikan program ini diminati oleh penonton di luar bandar," ujar Airin.

Bella turut memperkenalkan hos terbaru iaitu Lisa Wong. Sebelum ini, ia dikendalikan oleh tiga wanita cantik iaitu Deborah Henry, Elaine Daly dan Daphne Iking.

Lisa, 34, telah menyertai Bella sejak April lalu. Sebelum itu, dia pernah mengendalikan beberapa program menerusi saluran ESPN dan RTM.

"Saya menggemari program bercorak kewanitaan dan kini telah dua bulan mengendalikan program Bella. Saya bertugas pada setiap Ahad dan diberikan slot tertentu," kata Lisa yang turut fasih berbahasa Kantonis dan Mandarin.

Dia merupakan kacukan Ceylonese (Sri Langka-Cina) dan telah mendirikan rumah tangga enam tahun lalu. Namun belum dikurniakan cahaya mata.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top