Saat-saat terakhir ini, pelajar dibawa makan malam bersama dengan pengetua Akademi Fantasia 9, Amy Search. Suasana di Restoren Panorama telah mengimbau kembali kenangan-kenangan yang tidak mungkin dapat mereka lupakan di Akademi Fantasia. Ditambah pula dengan cerita-cerita yang dikongsi oleh Pengetua Amy kepada para finalis yang telah menukarkan saat-saat yang manis menjadi sedih dan pilu itu.
Terletak di Look Out Tower, Pusat Pelancongan Menara Tinjau, Jalan Ampang - Hulu Langat, Restoren Panorama menyajikan pengalaman menikmati hidangan dengan pemandangan luas kotaraya Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 280 meter dari paras laut, 20 minit daripada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Restoren Panorama sudah pasti menjanjikan pengalaman yang sangat menarik.
Kenangan terakhir di Restoren Panorama bersama-sama dengan Akademi Fantasia akan menjadi kenangan paling bermakna bagi 4 finalis Akademi Fantasia. Ingin saksikan saat-saat indah para finalis di Restoren Panorama? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.
Saksikan Konsert AKHIR Akademi Fantasia 9 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, Putrajaya pada hari AHAD, 12 Jun 2011! Pelbagai acara sudah diatur untuk tontonan dan hiburan anda seisi keluarga! Saksikan juga persembahan peserta Maharaja Lawak pada jam 8 malam sebelum Konsert AKHIR Akademi Fantasia 9 bermula! Jom datang beramai-ramai! Masuk adalah PERCUMA!
~ Astro

0 ulasan:
Catat Ulasan