Lagu Tugasan Konsert Akhir Akademi Fantasia 9

Kini tinggal 4 pelajar yang akan mara ke peringkat Akhir Akademi Fantasia.

Minggu demi minggu Akademi Fantasia bersiaran. Banyak langkah yang yang telah pelajar Akademi Fantasia tempuhi. Kisah suka duka perjalanan perjuangan mereka telah kita saksikan. Kini, sampai sudah ke minggu terakhir perjuangan pelajar Akademi Fantasia. Tinggal satu langkah yang perlu pelajar Akademi Fantasia tempuhi sebelum berjaya mengapai bintang. Berikut senarai lagu yang bakal menentukan juara Akademi Fantasia musim kesembilan:


Lagu Single Finalis:
Fina - Menangis Lagi
Azri - Niskala
Lena - Sisa Kisah Kita
Hazama - Cinta Teragung

Lagu tugasan:
Fina - Satu Harapan (Jaclyn Victor)
Azri - Ku Tak Bisa (Slank)
Lena - Dunia (Bunkface)
Hazama - Pukau (Tomok)

Lagu Bonus - Firework (Katy Perry)

Pada konsert terakhir ini, pelajar diberikan dua lagu iaitu lagu tugasan dan lagu single terbaru yang dicipta khas buat finalis Akademi Fantasia. Single-single terbaru dari finalis Akademi Fantasia telah pun disiarkan di radio Era FM, stesen radio rasmi Akademi Fantasia. Siapakah yang bakal menjadi Juara Akademi Fantasia yang terakhir? Semuanya terletak di tangan anda. Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.

Saksikan Konsert Akademi Fantasia 9 AKHIR yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, Putrajaya pada hari AHAD, 12 Jun 2011! Pelbagai acara sudah diatur untuk tontonan dan hiburan anda seisi keluarga! Saksikan juga persembahan peserta Maharaja Lawak pada jam 8 malam sebelum Konsert Akademi Fantasia 9 AKHIR bermula! Jom datang beramai-ramai! Masuk adalah PERCUMA!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top