Berikut adalah barisan peserta Idola Kecil Musim Ketiga:
1. Nurhamilya Adiba Bt. Hamzaidi, 10 tahun, Perlis
2. Muhammad Afif B. Abdul Halim, 10 tahun, Kuala Lumpur
3. Farra Noradzlina Bt. Safwan, 10 tahun, Kedah
4. Nor Harris Alif B. Nor Rashidi, 11 tahun, Pulau Pinang
5. Angelica Paujin, 11 tahun, Sabah
6. Abdul Hadi B. Abdul Mazlan, 11 tahun, Kuala Lumpur
7. Nor Balqis Bt. Ahmad Tajudin, 11 tahun, Terengganu
8. Nadeera Allysha Bt. Aminudin, 11 tahun, Johor
9. Shazlin Bt. Salamat, 12 tahun, Sarawak
10. Puteri Aszfaryna Khareeza, 12 tahun, Kuala Lumpur
Kebanyakan peserta cilik ini sudah pun mempunyai pengalaman dalam membuat persembahan dan ada juga yang pernah berganding dengan penyanyi-penyanyi popular Malaysia. Farra Noradzlina, yang baru sahaja berumur 10 tahun, pernah berkongsi pentas bersama dengan ratu rock Malaysia, Ella. Begitu juga dengan Puteri Aszfaryna Khareeza yang pernah berduet dengan penyanyi popular era 70an hingga 90an iaitu Salamiah Hassan.
Bagi Nor Harris Alif pula, beliau pernah membuat persembahan di Hard Rock Café, Pulau Pinang, bersama kumpulannya sendiri. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka semua mempunyai bakat luar biasa yang akan terus digilap dan sekaligus memperkukuhkan posisi program ini sebagai sebuah platform pencarian bakat utama di Malaysia. Malah ia menjadi satu landasan terbaik dalam pencarian bakat cilik di Malaysia.
Klip Mini Idola Kecil 3 akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis selama 3 minit pada 7.00 petang manakala Klip Ekstra Idola Kecil 3 pula akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat jam 9 malam. Klip Ekstra Idola Kecil akan dikendalikan oleh DJ HotFM, Ikhwan yang akan membawa penonton di sebalik tabir aktiviti-aktiviti peserta di luar kelas.
Sementara itu, Alif Satar terus dikekalkan sebagai hos pada musim ini setelah berjaya menambat hati jutaan penonton setia Idola Kecil musim lalu. Kemesraan, keramahan dan kebijaksanaan Alif dalam menangani situasi kerenah peserta Idola Kecil 2 amat terserlah dan memuaskan semua pihak.
Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia binti Raja Haron turut dikekalkan sebagai juri tetap berdasarkan kepada pengalamannya yang pandai berkomunikasi dengan adik-adik ketika di atas pentas. Beliau juga menunjukkan sikap profesional di mana setiap teguran dan pendapat beliau amat bernas serta saksama. Setiap minggu Atilia akan berpasangan dengan seorang juri tempatan dalam menilai prestasi kesepuluh peserta Idola Kecil 3 ini.
Seperti biasa, rutin harian Idola Kecil tidak lengkap tanpa kelas-kelas vokal, tarian dan persembahan. Musim ini, tiga tenaga pengajar berpengalaman dibawa kembali untuk memberi ”sentuhan emas” mereka dalam membentuk penghibur yang versatil. Mereka adalah Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian) yang sudah pun menurunkan ilmu tidak ternilai mereka pada musim-musim sebelum ini.
Untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan Idola Kecil 3 serta aktiviti-aktviti menghiburkan yang terdapat di dalam Idola Kecil 3 ini, jangan lupa untuk melayari laman web rasmi www.tv9.com.my/idolakecil3.
Menangi hadiah menarik menerusi HotFM yang juga merupakan radio rasmi bagi Idola Kecil 3.
Idola Kecil 3 kali ini mencetus fenomena baru di kalangan penonton cilik TV9. Jangan lupa untuk menonton Idola Kecil 3 bersama keluarga tersayang pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam, mulai 6 November ini, hanya di TV9, saluran Di Hatiku!
Selamat menonton!
i love angel
BalasPadamlol:
BalasPadam