Bertindak sebagai pembimbing bintang atau star guide, minggu pertama yang akan ke udara setiap Jumaat pukul 5.30 petang bermula pada hari ini menyaksikan kemunculan rocker tersohor, Amy Search.
Diikuti dengan Stacy pada minggu kedua, sementara Aizat, kumpulan Hujan dan Farah Asyikin, masing-masing dari minggu ketiga hingga minggu kelima.
Mereka semua bakal membimbing dan berkongsi ilmu serta pengalaman sebagai persediaan kepada peserta sebelum membuat persembahan mingguan.
Enam bintang muda yang yang terpilih ialah Dayang Nazillah Awang Astillah atau Dayang.
Seorang lagi ialah Syazwani Sapari (Wani) yang amat meminati Ramlah Ram. Mula menyanyi dari umur tujuh tahun, gadis kecil bersuara dewasa ini pernah menyertai rancangan Tom Tom Bak sebelum ini.
Sementara, Qistina atau nama penuhnya, Qistina Amira Rohaizad yang bercita-cita menjadi pengarah filem pula berasa bersyukur kerana dia turut terpilih menjadi salah seorang daripada enam peserta yang terpilih diseluruh Malaysia.
Bakal menyanyikan lagu popular Fiq Mentor, Tiga Malam Tanpa Bintang Mentor pada konsert pengenalan, Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi atau mesra dipanggil Farhan pula pernah menyertai persembahan tarian di Turki sempena Festival Kanak-kanak Sedunia.
Peserta lelaki lain ialah Mohammad Aiman Azli Aziz atau Aiman pula akan membawa lagu Awie, Terima Kasih.
Peserta keenam ialah Raja Mohd. Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, mesra dipanggil Faisal pula menegaskan akan berlatih bersungguh-sungguh untuk konsert minggu pertama. Faisal bakal mengalunkan lagu popular Search, Fantasia Bulan Madu.
Dalam pada itu, Amy Search berkata, dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap bakat-bakat realiti TV kerana mereka pelapis industri seni di masa hadapan.
Vokalis Hujan, Noh pula memberi tip kepada para peserta cara untuk menghilangkan gemuruh ketika sebelum menyanyi iaitu dengan banyakkan berselawat dan membuat latihan.
“Peserta juga jangan lupa untuk merasa seronok ketika menyanyi,” ujarnya.
Peserta Kamilah Bintang akan mengadakan persembahan pada setiap konsert mingguan.
Setiap minggu seorang pemenang akan dipilih dan pemenang menerima hadiah bernilai RM10,000 untuk disumbangkan kepada sekolah pemenang.
Tiada penyingkiran peserta dan juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan termasuk konsert akhir yang akan berlangsung pada 24 Disember 2010 kelak.
Menarik mengenai Kamilah Bintang, peserta yang berasa mereka berada pada kedudukan yang tidak selamat akan diberi tiga pilihan talian hayat iaitu bantuan penyanyi latar, hiasan pentas dan tambahan kelas vokal.
Namun, markah peserta akan ditolak sebanyak dua markah jika menggunakan talian hayat.
ENAM remaja bertuah yang terpilih sebagai peserta Kamilah Bintang musim pertama.
“Para peserta akan berfikir secara serius untuk membuat keputusan kerana ia akan melibatkan pemotongan markah peserta,” ujar Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh di Majlis Sidang Media Kamilah Bintang di Full House Cafe.
Tiga orang juri tetap Kamilah Bintang ialah Aznil Nawawi, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi dan penghibur terkenal, Adibah Noor.
“Kami akan menerapkan pendidikan muzik kepada peserta untuk mendapatkan nada yang bagus. Supaya mereka akan menjadi penyanyi yang baik kelak,” ujar Cikgu Shafi yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia.
Kamilah Bintang menyaksikan gandingan pertama kali Zoey dan Nora Danish sebagai pengacara.
“Ini satu cabaran bagi saya untuk mengacara tetapi ia satu lagi langkah saya untuk ke hadapan di bidang seni.
“Malah, saya memang suka dengan kanak-kanak kerana sudah berstatus ibu,” ujar Nora yang turut menjadi pengacara rancangan Bolly 10.
Oleh ADLAN JAAFAR
Foto kredit: Astro
0 ulasan:
Catat Ulasan