Lagu-lagu yang mereka persembahkan minggu ini adalah Terhangat Di Pasaran (Faisal), Mama Papa (Qistina), Kenapa (Aiman), Malu Tapi Mahu (Wani), Hoore Hoore (Farhan) dan Gagap (Dayang).
Minggu ini buat pertama kalinya Kuasa Bintang telah digunakan. Peserta yang telah menggunakan Kuasa Bintang adalah Wani dan Qistina. Kedua-dua mereka menggunakan Penyanyi Latar sebagai pilihan Kuasa Bintang mereka. Kuasa Bintang pilihan Wani berjaya meningkatkan mutu persembahannya namun sebaliknya berlaku kepada Qistina. Walaupun menggunakan Kuasa Bintang, persembahannya tidak begitu memuaskan.
Juri-juri tetap minggu ini memberikan komen yang bagus beserta beberapa penerangan mengenai teknik-teknik dalam nyanyian seperti "humming" dan "ad-lib". Tips-tips lain seperti ekspresi muka dan interaksi bersama penonton juga diberikan kepada peserta Kamilah Bintang ini.
Juri Aznil menegaskan mengenai penggunaan Kuasa Bintang dengan bijak. Adakah Kuasa Bintang membantu atau sebaliknya. Ternyata Konsert Kamilah Bintang minggu ke-2 ini memberikan pengajaran tentang pentingnya membuat pilihan yang betul.
Minggu ke-2 ini telah menyaksikan Farhan sebagai peserta yang mendapat markah tertinggi. Kejayaan ini juga dikecapi oleh sekolah yang diwakili Farhan apabila sekolahnya menerima hadiah barangan bernilai RM10,000. Tahniah diucapkan kepada Farhan atas kejayaan ini.
Berikut adalah senarai markah yang diperolehi peserta Kamilah Bintang dalam konsert ke-2:
1. Farhan - 7.8
2. Wani - 6.6
3. Aiman - 5.4
4. Faisal - 5.1
5. Dayang - 5.1
6. Qistina - 1.2
Mampukah peserta-peserta ini meningkatkan mutu persembahan mereka? Dapatkah peserta lain menduduki tangga teratas? Saksikan Episod ke-3 Konsert Kamilah Bintang, Jumaat, 3 Disember 2010, 5.30 petang di Astro Ceria (611).
0 ulasan:
Catat Ulasan