Setelah 2 minggu program Mari Menari (MM) berlangsung, 2 pasangan yang berada di bawah bimbingan pelakon Zul Huzaimy telah pun diumumkan sebagai pasangan peserta yang terpaksa menamatkan perjuangan mereka secara berturut-turut dalam program realiti yang menawarkan sebuah kondo mewah sebagai hadiah utama tersebut.

Bersandarkan kepada keputusan ini, ada pula suara sinis yang mengatakan bahawa kononnya Zul Huzaimy sememangnya tidak layak menjadi penasihat MM.

Menjawab persoalan ini, Zul yang ditemui pada majlis kejutan hari jadi protegenya iaitu MM Jaya di Dance Connexion, Bandar Sunway malam tadi menjelaskan bahawa tugasnya dalanm program realiti itu tidak lebih sekadar bertindak sebagai penasihat kepada MM Jaya, MM Dita dan MM Shai, bukannya sebagai tukang ajar menari.

"Bagi saya, kalau mereka yang ada dalam kelompok jagaan saya ni berada dalam kumpulan penasihat lain iaitu Erra, Lisda dan Ferhad, mungkin juga orang akan memberikan kritikan yang sama.

"Sudah rezeki mereka begitu. Keputusan MM bergantung kepada undian. Antara salah satu faktor nasib mereka sebegini adalah kerana penonton di luar terpengaruh dengan jumlah markah yang diberikan oleh juri pada setiap minggu.

"Sejujurnya, saya tak pernah salahkan anak didik saya. Saya tahu mereka dah pun cuba buat yang terbaik," kata Zul.

Meneruskan penjelasan, Zul akui penonton sekarang sudah bijak menilai. Malah, setakat ini Zul sendiri tidak pula menerima sebarang komen yang menyalahkan dirinya sebagai penyebab MM Shai dan MM Dita tersingkir.

"Banyak orang bertanya kepada saya, kenapa saya mendapat pasangan yang kosong sangat dalam bab tarian. Tapi, saya jawab balik semua itu ada sebabnya dan saya sendiri tak kisah. Itu semua bukan persoalannya.

"Saya dah buat yang terbaik untuk mereka. Saya juga selalu beri nasihat pada mereka supaya jangan banding-bandingkan dengan peserta lain yang pandai menari. Saya pun bukannya ajar mereka menari. Saya hanya berikan nasihat secara dalaman.

"Saya juga ada bagi teori bagi tema yang ditugaskan setiap minggu. Semua kena ingat, saya bukan mengajar dia orang tetapi sekadar penasihat saja. Yang ajar pasangan ini adalah kareografer," jelas Zul.

Menambah hujahan terhadap dakwaan yang dilontarkan kepada dirinya ini, Zul menganggap walau sebagus mana seorang pendidik itu tidak bermakna anak didiknya pun bagus.

"Semua terpulang kepada orang yang diajar bukannya tenaga pengajar. Saya pun hanya membantu saja dari segi memberi dorongan. Yang penting, semangat mereka. Saya selalu tegaskan pada mereka, buat yang terbaik setiap kali menari di gelanggang MM," kata Zul yang kini hanya memberikan fokus dam tumpuan terhadap MM Jaya saja.


Teks oleh Razif Rosdi


Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti informasi-informasi terkini dan pelbagai kandungan muat turun menarik mengenai peserta-peserta Mari Menari dengan hanya melayari laman web rasmi Mari Menari di www.astro.com.my/marimenari & www.facebook.com/marimenari & www.twitter.com/marimenari

SMS: Taip MM atau MM<3/5/10/20> untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999; Contoh: MM5 ke 32999

kadar premium untuk setiap undian: RM0.50. Kadar telco tertakluk

Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my

Dapatkan Album Mari Menari yang mengandungi gambar – gambar daripada Peserta Mari Menari dengan hanya:

TAIP – MMALBUM dan hantar ke 32323


Kemudian anda akan menerima wap link dan tekan wap link untuk dapatkan Album Mari Menari.

Harga– RM3.50

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top