TUTTI sibuk mempersiapkan diri untuk berjumpa Hatta Dolmat buat kali pertamanya, sehinggakan Sham terasa terabai.

Bersetuju untuk meneruskan projek Gadis Semasa, Melda menghadiri sesi rakaman bersama Ajai buat pertama kalinya. Selaku jenama yang sinonim dengan kesempurnaan tahap pakar, Sunsilk, pakar penjagaan rambut berganding bahu dengan pakar vokal, Ajai; pakar personaliti, Wardina dan pakar dandanan tempatan, Bambang Soteto bagi menawarkan akses, pengalaman ekstensif dan bimbingan untuk membantu pembangunan Gadis Semasa Sunsilk.

Selepas pertemuan pertama, Melda diberi peluang meminta nasihat daripada seorang artis rakaman Ajai yang hadir ketika itu. Pada masa sama, Ajai mengemukakan cadangannya untuk merakam semula lagu Putus supaya menyerlahkan lagi nilai komersialnya, tetapi Melda tidak bersedia lagi. Sukar membuat keputusan, Melda diperkenalkan rakannya kepada Yuna untuk mendapatkan nasihat. Apakah keputusan Melda pada akhirnya? Sementara itu, Dedee mula berminat untuk mengisi ruangan hiburannya dengan cerita sensasi Melda.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top