Pencarian Chef Saji & Rempah Mak Dara 2011 anjuran Majalah Saji terbitan Utusan Karya yang merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Utusan.
Program yang berbentuk realiti itu mendapat tajaan utama sebanyak RM100,000 dari syarikat Jamu Mak Dara, selain penaja-penaja lain seperti Plus & Plus Travel & Tours, Kinowell Healthy Kitchen, China Pottery, Ayamas dan Kitchen Studio.
Menurut Penolong Pengarang Majalah Saji, Nur Aishah Ismail, Pencarian Chef Saji & Mak Dara terbuka kepada semua pembaca majalah Saji di lapan lokasi terpilih iaitu Melaka, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Shah Alam dan Pahang.
"Pencarian ini akan bermula pada 17 April di Mahkota Prade, Melaka dan akan berakhir pada bulan November di SACC Mall, Shah Alam Selangor.
"Hanya 50 peserta sahaja akan dipilih di lapan lokasi terpilih. Peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM35 setiap seorang.
"Mereka akan menerima langganan percuma majalah Saji selama tiga bulan dan set produk masakan Rempah Mak Dara.
"Pertandingan ini mewajibkan setiap peserta menyediakan dua jenis masakan berasaskan lauk-pauk dan nasi menggunakan rempah Mak Dara," katanya.
Menurutnya lagi, pemenang di setiap lokasi akan menerima wang tunai sebanyak RM500, RM300 dan RM150.
Manakala pemenang tempat pertama peringkat akhir akan menerima RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,500.
Peserta pertandingan ini akan dinilai oleh juri professional seperti Chef Sabri Hassan, Chef Zam, Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Amer, Chef Kamarul dan juga Chef Zaidah.
Menurut Chef Sabri Hassan, peserta akan dinilai berdasarkan pelbagai aspek, antaranya kebersihan, aroma rasa makanan dan kelainan bentuk tata rias yang dipamerkan.
Setiap pemenang juga akan menerima hadiah sampingan berupa trofi, pakej percutian tiga hari dua malam, pakej kelas memasak dan hamper.
Sementara itu syarikat Jamu Mak Dara yang terkenal dengan produk Jamu Mak Dara hasil ramuan tersendiri pengasasnya, Ibu Halimah Shuib, kini turut mengeluarkan produk terbaru iaitu Rempah Mak Dara.
Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Muhamad Ghadaffi Syed Ali menjelaskan, rempah Jamu Mak Dara istimewa kerana hampir 30 jenis rempah digunakan dalam ramuan ini.
Katanya, terdapat empat produk rempah Jamu Mak Dara yang dipasarkan iaitu Rempah kari ikan, udang dan ketam, Rempah kari ayam dan daging, Rempah briyani, dan kurma ayam dan daging.
Mengenai program tersebut, Muhammad Ghaddafi berharap ia dapat mencungkil pelapis-pelapis baru dalam dunia masakan.
"Konsep pencarian ini adalah berbentuk realiti. Dimana 16 peserta akhir yang terpilih akan memasuki kelas intensif selama sehari bersama Ibu Halimah," katanya.
Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian 03-89262999 atau 012-2894998.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamWAH...TIME ADA KOMEN BAIK CEPAT2 DITUTUP TAPI MASA PENAMA TAK BERNAMA MENABUR FITNAH BUKAN LAMA DIBIARKAN, KIRALAH DR BULAN NOV 2011-JULY 2012...NAMPAK SANGAT ADA SUBAHATNYA...TAKPE TUHAN MAHA BERKUASA..TERIMALAH BALASAANNYA...SEKRG CASH n CARRY. sAYA RASA KEBENARAN ADA DIMANA-MANA KALAU NAK LEBIH AFDAL TANYA EMPUNYA DIRI...KALAU DAH SAKIT HATI MACAM-MACAM BOLEH JADI. BUKAN SUSAH NAK MENABUR FITNAH TAMBAHAN ADA SOKONGANKAN..KAMI DAPAT TAHUPUN BARULAH DALAM BULAN JULY BILA ADA RAKAN YANG BAGITAU.NASIHAT SAYA FIKIR DULU SBELUM NAK TERUS MENYIARKAN SESUATU...BAIK BURUKNYA! INGAT FITNAH TU DOSA PALING BESAR!!!!
BalasPadam