Lagu Cinta 100 % lantunan asal penyanyi dangdut sensasi, Mas Idayu nyata telah membawa tuah buat buat Hadi apabila disebut sebagai pemenang minggu kedua Tiada lama Tiada Baharu, Satu-Satunya (TLTBSS).
Gabungan irama dangdut dan rock nyata telah menarik perhatian penonton rancangan realiti TV terbitan RTM1 itu apabila Hadi berjaya mengutip markah keseluruhan 82.36 peratus jauh teratas berbanding 2 lagi peserta Zana (57.44 peratus) dan Zira (45 peratus).


Masri pula berjaya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori waja seiras dengan mengutip jumlah peratusan sebanyak 83.8 peratus berbanding lawannya, Tyara yang hanya memungut 31.6 peratus.

TLTBSS disiarkan secara langsung dari Studio 1, RTM pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran RTM1. Portal hiburan, murai.com.my telah dipilih selaku portal rasmi program tersebut .

Konsep program realiti ini sangat unik, di mana setiap minggu tiga peserta akan bertanding dengan membawakan lagu ikon masing-masing.

Pemenang dari minggu pertama hingga minggu ke- 11, akan bertanding di peringkat separuh akhir yang diadakan pada minggu ke-12 bersama tiga peserta wildcard. Seramai 10 peserta akan terpilih untuk bertanding di peringkat final pada minggu ke-13 nanti.


Tag: pemenang minggu kedua Tiada lama Tiada Baharu, Satu-Satunya (TLTBSS), Tiada lama Tiada Baharu, TLTBSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top