Seorang pengawal peribadi berusia 42 tahun sanggup menaiki bas selama 10 jam bagi menghadiri uji bakat Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) .

Kesanggupan Ariffin Jaafar menempuh perjalanan hampir 600 kilometer dari Tawau berbaloi apabila terpilih ke peringkat seterusnya, sekali gus membuka peluang kepadanya menjadi peserta program realiti berkenaan.

“Walaupun berusia, semangat untuk menyertai program ini menyebabkan saya sanggup datang dari jauh dan bersyukur terpilih ke peringkat seterusnya.

“Saya pernah menghadiri uji bakat AF7 pada 2009 namun tidak bernasib baik apabila gagal pada peringkat pertama lagi,” katanya.

Ariffin berkata, walaupun usianya dianggap ‘senior’ berbanding calon lain yang rata-rata berusia awal 20-an, perkara itu bukan penghalang besar baginya.

“Saya memang minat menyanyi sejak kecil dan menjadi impian saya untuk menyertai program ini sejak diperkenalkan kira-kira lapan tahun lalu,” katanya.



Tag: Akademi Fantasia musim ke-9, Akademi Fantasia terakhir, Ariffin Jaafar, uji bakat Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9)

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top